Tuesday, February 8, 2011

Penggunaan Perkataan Kalau.!!

بسم الله

والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد
Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak.

Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah
apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.

penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: 
Nabi bersabda: 
“Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir ALLAH, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”

kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan?
kerana:
1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALLAH yang mentaqdirkan setiap sesuatu.

Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan
Ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.

Sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.
-Firman ALLAH maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain ALLAH, maka hancur binasalah langit bumi ini.”
-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya ALLAH akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh ALLAH daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada ALLAH. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir ALLAH dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Maafkan hamba-hambaMU Ya ALLAH atas kejahilan.
Permudahkanlah hamba-hambaMU mempelajari ilmuMu yang sangat luas ini.

Semoga kita termasuk dalam golongan hambaNYA yang mengaku, tahu dan amalkan ajaran Islam
semoga ALLAH redha.

Tuesday, January 18, 2011

KELEBIHAN SAF PERTAMA DALAM SOLAT




Dalam beberapa hadis ada menyebutkan kelebihan atau fadhilat saf yang pertama itu, di mana jika mereka mengetahui akan kelebihannya, nescaya mereka akan berebut-rebut untuk mendapatkannya sehingga terpaksa diadakan undian. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Andaikata mereka tahu apa yang ada di dalam saf yang depan, nescaya akan di adakan undian”.
(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

“Andaikata orang-orang tahu apa yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara berundi di antara mereka, pasti mereka mahu mengundinya. Andaikata mereka tahu apa yang terdapat di dalam hal melakukan sembahyang, pasti mereka berlumba-lumba mendapatkannya. Andaikata mereka tahu apa yang terdapat di dalam sembahyang Isya dan Subuh, pasti mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Dalam hadis yang lain sabda Baginda yang maksudnya :

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya mengucapkan selawat (selawat Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar) terhadap makmum-makmum di baris pertama”.


(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)

Sepakat para fuqaha bahawa saf yang afdhal atau lebih utama bagi lelaki sama ada bersama mereka kanak-kanak atau perempuan adalah saf yang pertama. Begitu juga bagi perempuan yang tidak bersama mereka makmum lelaki atau berjemaah bersama dengan lelaki tetapi ada penghalang atau tabir antara keduanya, maka yang afdhalnya di saf yang pertama. Akan tetapi jika perempuan itu berjemaah bersama dengan lelaki tanpa ada penghalang atau tabir, maka yang afdhal atau lebih utama bagi perempuan itu saf yang terakhir, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah saf yang pertama, dan sejelik-jeliknya ialah saf yang terakhir. Sebaik-baik saf bagi wanita adalah saf yang paling belakang, dan sejelik-jeliknya ialah saf yang pertama”.
(Hadis riwayat Muslim)

Di antara kelebihan-kelebihan yang ada di dalam saf juga ialah mengambil tempat dalam kedudukan di sebelah kanan imam lebih afdhal atau utama daripada kedudukan sebelah kiri imam. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengucapkan selawat kepada makmum di saf-saf kanan”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)



Tuesday, January 4, 2011

Rahsia Disebalik Tapak Tangan..!!



Jemari manusia menyimpan seribu satu, rahsia pemiliknya. Antara misteri jari ialah penentu kepada kesi hatan manusia. Menurut ajaran Islam se seorang perempuan yang ingin dikahwini juga adalah diseru agar dilihat dan diper­hatikan kepada jari. Melaluinya kesihatan keseluruhan tubuh badan dapat di pastikan oleh pihak lelaki.

Sebagai bukti kekuasaan Allah yang telah menjadikan jari ialah bagaimana penghidap kencing manis juga adalah dinasihatkan oleh pakar kesihatan agar membuat pemerik saan sendiri terutamanya pada jari - jemari dan juga jari kaki yang sering kebas untuk mengesan tanda luka atau jangkitan. Ini kerana deria rasa sakit penghidap kencing manis akan berkurangan. Rawatan awal ini dapat mengelak jangkitan merebak dengan lebih dahsyat.

Selain itu perokok tegar juga dapat dikesan melalui tanda-tanda tindak balas bahan kimia dalam rokok yang ter dapat di jari-jemari. Buktinya setiap kali perokok menyedut, dia akan menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh perokok. Antara kesan serius ini ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari-jemari perokok akan menjadi kuning.

Manakala dalam masyarakat Cina lebih gemar menilik dan membelek tangan serta kulit timbul di jari jemari untuk menilik masa depan seseorang. Pemerhatian yang mendalam dengan mengambil kira susur galur urat di jari-jemari akan mencerita kan banyak rahsia seperti kebahagiaan dan kecelakaan seseorang menurut pengamalan masyarakat Cina.

Manakala dalam masyarakat Melayu yang sinonim dengan penghayatan Islam pula mengembalikan rahsia jari dan cap jari adalah milik Allah pen cipta manusia. Namun sekiranya kita perhatikan jaluran urat di tapak tangan kanan akan tertera nombor Arab 18 dan tapak tangan di bahagian kiri pula akan tercatat nombor 81. jika seorang hamba Allah berdoa maka kedua-dua tapak tangan ini akan dicantumkan dan cantuman ini akan menjadikan angka. 99. Nombor 99 ini boleh diertikan dengan 99 nama Allah yang Maha Agung lagi Maha Mulia.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah mem beritahu para sahabat dan umat Islam bahawa Allah memiliki 99 nama yang indah dan diberkati maka berdoalah ke pada Allah melalui sifat-Nya yang agung dan terpuji.

Hakikatnya jari dan cap jari merupakan tanda di antara tanda kekuasaan Allah.

Created by : Faizal :: I LOVE ALLAH| I LOVE ISLAM ::

Monday, January 3, 2011

Rasulullah SAW Mandi Bersama Isteri


Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda  patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta  gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam  kehidupan suami isteri.

Insyallah mandi bersama-sama ini dapat  mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang  datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi  ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling  agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama  dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih  (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini  menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan  isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah  yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga  tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang  dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa  sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi  wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan  sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia  disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh  meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi  itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi  bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama,  Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah SAW.

Selain itu,  sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan  berseronok. Rasulullah SAW sendiri pernah mandi  bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan  berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang  berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya  kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Bahkan aktiviti  mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang  amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan  dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih  mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa  dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya.  Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

Demikianlah hebatnya  cinta Rasulullah SAW. Kita sebagai umatnya  amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika  Rasulullah SAW menyuburkan kasih melalui mandi  bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika  perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan  Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

Selain itu, anggapan  sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan  isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah  dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung  akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan  lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat  meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil  kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak  isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri  akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua  keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah SAW sendiri  melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan  ini.

Bagi  isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk  mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak  ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah  amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya  sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini  dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Demikianlah pedoman berumahtangga yang  dipetik dari kehidupan Rasulullah SAW.  Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan  mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga  kita semua dirahmati Allah SWT.

Wednesday, December 29, 2010

I LOVE ALLAH | I LOVE ISLAM: Keistimewaan Memeluk Islam!

I LOVE ALLAH | I LOVE ISLAM: Keistimewaan Memeluk Islam!: "Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas..."

Keistimewaan Memeluk Islam!

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
(al-Bukahri)
Huraian:
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf.
Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka.
Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.